Lawatan Sambil Belajar Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darussalam

10 April 2025 – Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri menerima lawatan sambil belajar daripada pensyarah dan mahasiswa/mahasiswi program
Para peserta turut mendengarkan taklimat, menyertai aktiviti dan sesi perbincangan yang menghubungkaitkan teori dengan pelaksanaan dasar-dasar bagi memahami peranan mereka dalam memastikan kesiapsiagaan perubahan sebagai pendidik masa depan.
Lawatan yang bertemakan “Pendidikan untuk Pembangunan Mampan: Menghubungkan Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan Mampan Yang Berdaya Tahan” anjuran SHBIE, UBD ini merupakan peluang untuk meningkatkan pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai kepentingan Wawasan Negara dan SDGs, termasuk inisiatif-inisiatif yang sedang giat dilaksanakan di peringkat kebangsaan.





