Langkau ke kandungan utama
gov.bnA Brunei Darussalam Government Website
Berita

Kuliah Melayu Islam Beraja bagi Semester 2, 2024/2025

Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri1 minit bacaan
Kongsi
Kuliah Melayu Islam Beraja bagi Semester 2, 2024/2025. Gambar: Pejabat Wawasan Brunei

19 Mac 2025 – Bagi meningkatkan lagi kefahaman dan kepentingan dalam mencapai Wawasan Negara, pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat kepada lebih daripada 200 orang pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di Dewan Jubli, UNISSA. Taklimat yanjuran Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) adalah merupakan sesi kuliah khas bagi kursus Melayu Islam Beraja (MIB) tahun pertama, semester ke-2, sesi akademik 2024/2025.

Antara perkara yang ditekankan di dalam taklimat tersebut adalah pensejajaran prinsip-prinsip Maqasid Syariah dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta.

Diterbitkan 19 Mac 2025
Kongsi
Berita terkini
Semua berita