Langkau ke kandungan utama
gov.bnA Brunei Darussalam Government Website
Berita

Program Induksi Perkhidmatan Awam

Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri1 minit bacaan
Kongsi
Program Induksi Perkhidmatan Awam. Gambar: Pejabat Wawasan Brunei

3 Jun 2026 – Seramai 200 orang terdiri dari pegawai dan kakitangan warga Perkhidmatan Awam di dalam Bahagian II, III, IV dan V telah mengikuti taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri.

Sesi taklimat tersebut mengetengahkan perkembangan semasa pembangunan negara termasuk pelbagai inisiatif dan usaha penambahbaikan yang terus dilaksanakan bagi memastikan pencapaian Wawasan Brunei 2035. Taklimat ini merupakan sebahagian daripada Program Induksi yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA).

Diterbitkan 3 Jun 2026
Kongsi
Berita terkini
Semua berita