Wawasan Brunei 2035
Satu rangka kemajuan jangka panjang telah digubal bagi tempoh tiga puluh (30) tahun bermula tahun 2007 yang mengandungi Wawasan Brunei 2035, Rangka Strategi dan Dasar bagi Pembangunan, dan Rancangan Kemajuan Negara.
Menjelang tahun 2035, Negara Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah negara yang mempunyai:
- 1Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjayadiukur melalui piawaian tertinggi antarabangsa
- 2Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggidi kalangan 10 negara teratas di dunia
- 3Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahandi antara 10 negara teratas dari segi pendapatan per kapita
Negara Brunei Darussalam telah mencapai kemajuan yang berterusan ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035. Dalam meneruskan perjalanan menuju ke tahun 2035 dan tahun-tahun seterusnya, kerjasama dan komitmen padu daripada semua pihak perlu diteruskan bagi sama-sama menjayakan dan mencapai sasaran-sasaran Wawasan Brunei 2035 yang dihasratkan.

Rancangan Kemajuan Negara — Wawasan Brunei 2035 diperkenalkan pada 2007

Buku Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam
“Wawasan Brunei 2035, bukan sahaja menjadi panduan dasar dan strategi pembangunan negara tetapi juga mencerminkan harapan rakyat dan penduduk negara bagi kualiti kehidupan yang tinggi, peluang yang saksama dan sebuah negara yang makmur, aman dan sejahtera.”
Dari 2004 hingga 2025
- 2004 – 2007
- Penubuhan Badan Perancangan Kemajuan Jangka Panjang dan sesi konsultasi bersama pihak berkepentingan
- 2007
- Wawasan Brunei 2035 diperkenalkan melalui Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam
- 2008 – 2014
- Kementerian dan agensi melaksanakan strategi, program dan projek masing-masing
- Agensi penyelaras utama adalah Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
- 2014 – 2015
- Penubuhan Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 (MTWB 2035) bagi menetapkan hala tuju strategik, menyelaras pelaksanaan, dan memantau pencapaian Wawasan Brunei 2035 di peringkat tertinggi
- Penubuhan Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035 sebagai Pengurus Tadbir Rangka Kerja Wawasan Brunei 2035
- 2016
- Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035 dilancarkan
- 2016 – 2021
- Pelaksanaan, penyelarasan dan pensejajaran berdasarkan Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035
- 2021
- Pelancaran Economic Blueprint pada 16 Januari 2021
- Penubuhan Jawatankuasa Kerja Manpower, Social dan Economic Wawasan Brunei 2035 pada 30 Ogos 2021
- 2022 – 2023
- Pengemaskinian Keahlian Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 pada 1 Disember 2022
- Pelancaran Manpower Blueprint pada tahun 2023
- 2024
- Pelancaran Logo Wawasan Brunei 2035
- 2025
- Pelancaran Social Blueprint pada tahun 2025
Pengertian logo
Logo Wawasan Brunei 2035 dilancarkan pada tahun 2024. Video menerangkan pengertian setiap elemen logo.
Daripada tiga matlamat kepada 42 KPI kebangsaan
Kerangka Kerja, yang dilancarkan pada 2016, membantu Majlis Tertinggi mengurus dan memantau agenda pembangunan negara secara bersistematik: setiap matlamat diterjemahkan kepada keutamaan kebangsaan, hasil pencapaian kebangsaan dan petunjuk prestasi utama dengan sasaran dan trajektori yang ditetapkan.
Versi asal dipaparkan sebagai imej: muat turun imej Kerangka Kerja.
Majlis Tertinggi dan jawatankuasa kerja
Wawasan Brunei 2035
Wawasan Brunei 2035
Wawasan Brunei 2035
Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 (MTWB), ditubuhkan pada 2014, menetapkan hala tuju strategik, menyelaras pelaksanaan dan memantau pencapaian Wawasan di peringkat tertinggi. Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri, bertindak selaku urusetia. Tiga jawatankuasa kerja yang ditubuhkan pada 30 Ogos 2021 mendukung perancangan, pelaksanaan dan pemantauan Manpower, Social dan Economic Blueprint.
