Langkau ke kandungan utama
gov.bnA Brunei Darussalam Government Website
Berita

Brunei Petroleum Technology Exhibition & Conference (Ptec) 2025

Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri1 minit bacaan
Kongsi
Brunei Petroleum Technology Exhibition & Conference (Ptec) 2025. Gambar: Pejabat Wawasan Brunei

10 Februari 2025 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengambil bahagian dalam Brunei Petroleum Technology Exhibition & Conference (PTEC) 2025 yang dianjurkan oleh Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Persatuan Jurutera Petroleum (SPE) Bahagian Brunei, Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Teknologi Brunei. Pameran dan persidangan tersebut diadakan selama empat hari bermula 10hb Februari sehingga 13hb Februari 2025 di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC).

Tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Sepanjang pameran berkenaan, maklumat terkini mengenai Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan (

Pameran dan persidangan yang bertemakan ‘Inovasi untuk Kecekapan dan Kedayatahan dalam Industri Hidrokarbon’ bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan inovasi dalam industri hidrokarbon serta menegaskan komitmen negara dalam memanfaatkan teknologi canggih sebagai kunci utama untuk meningkatkan kecekapan, kelestarian, dan pertumbuhan jangka panjang, selari dengan perubahan landskap tenaga global.

Diterbitkan 10 Februari 2025
Kongsi
Berita terkini
Semua berita