Langkau ke kandungan utama
gov.bnA Brunei Darussalam Government Website
Berita

Ubd Freshers’ Week Sesi Akademik 2025/2026

Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri1 minit bacaan
Kongsi
Ubd Freshers’ Week Sesi Akademik 2025/2026. Gambar: Pejabat Wawasan Brunei

31 Jul 2025 – Lebih 500 orang pelajar baharu yang mengikuti ijazah sarjana muda di Universiti Brunei Darussalam (UBD) berpeluang mendengarkan taklimat Wawasan Brunei 2035 semasa UBD Freshers’ Week Sesi Akademik 2025/2026 di Dewan Canselor, UBD.

Dalam taklimat tersebut, pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri mengongsikan mengenai inisiatif dan pencapaian Wawasan Negara. Para pelajar juga disarankan untuk sentiasa proaktif dan siap siaga dalam memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan negara melalui pendekatan senegara (wholeof-nation approach).

UBD Freshers’ tahun ini dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar.

Diterbitkan 31 Julai 2025
Kongsi
Berita terkini
Semua berita