Langkau ke kandungan utama
gov.bnA Brunei Darussalam Government Website
Berita

Program Pembangunan Kepimpinan Brunei-malaysia-singapura

Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri1 minit bacaan
Kongsi
Program Pembangunan Kepimpinan Brunei-malaysia-singapura. Gambar: Pejabat Wawasan Brunei

21 Ogos 2025 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat kepada 20 orang peserta Program Pembangunan Kepimpinan Brunei-Malaysia-Singapura yang terdiri daripada penjawat awam dari tiga buah negara iaitu Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Republik Singapura, yang berlangsung di Institut Perkhidmatan Awam (IPA).

Taklimat mengongsikan kemajuan pelaksanaan Wawasan Negara, termasuk inisiatif utama serta perkembangan yang mendukung pencapaian matlamat Wawasan. Program yang bertemakan “Charting Our Future Together” dikendalikan oleh IPA; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Malaysia; dan Civil Service College (CSC), Republik Singapura.

Ianya diadakan untuk memberi peluang belajar dan berkongsi amalan terbaik di kalangan peserta dalam menyediakan inisiatif dan dasar ke arah Perkhidmatan Awam yang dinamik lagi berdaya tahan ke arah mencapai matlamat agenda pembangunan negara.

Diterbitkan 21 Ogos 2025
Kongsi
Berita terkini
Semua berita