Langkau ke kandungan utama
gov.bnA Brunei Darussalam Government Website
Berita

Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-pegawai Pengurusan Pertengahan bagi Pasukan Polis Diraja Brunei kali ke 5

Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri1 minit bacaan
Kongsi
Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-pegawai Pengurusan Pertengahan bagi Pasukan Polis Diraja Brunei kali ke 5. Gambar: Pejabat Wawasan Brunei

30 September 2025 – Para peserta Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) bagi Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri. Peserta program tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai daripada PPDB dan beberapa Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

Taklimat ini merupakan sebahagian daripada EDPMMO bagi PPDB kali ke-5 yang dianjurkan oleh Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA), Universiti Brunei Darussalam.

Taklimat antara lain mengongsikan kemajuan pelaksanaan Wawasan Brunei 2035 termasuk inisiatif utama serta perkembangan yang mendukung pencapaian matlamat Wawasan Negara.

Diterbitkan 30 September 2025
Kongsi
Berita terkini
Semua berita