Program Masyarakat Bermaklumat bagi Sektor Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Sektor Swasta Berkaitan Infokomunikasi dan Teknologi

2 Jul 2025 – Taklimat Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (
Semasa taklimat tersebut, pihak PWB menerangkan aspirasi negara dan usaha-usaha yang sedang giat dilaksanakan ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035 dan SDGs. Sesi ini bertujuan untuk memperkukuh jati diri dan memupuk semangat kolaboratif dalam kalangan peserta untuk terus menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara.
Program ini merupakan inisiatif Jabatan Penerangan yang bertujuan meningkatkan pemahaman dan menghargai usaha-usaha kerajaan, disamping membukakan ruang kepada masyarakat untuk memperluas ilmu pengetahuan dan mendukung agenda pembangunan negara.





