Langkau ke kandungan utama
gov.bnA Brunei Darussalam Government Website
Berita

Kursus Induksi Perkhidmatan Awam (In-house) bagi Jabatan Perkhidmatan Awam

Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri1 minit bacaan
Kongsi
Kursus Induksi Perkhidmatan Awam (In-house) bagi Jabatan Perkhidmatan Awam. Gambar: Pejabat Wawasan Brunei

30 Jun 2025 – Seramai 33 peserta dari Jabatan Perkhidmatan Awam telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Taklimat ini merupakan sebahagian daripada Kursus Induksi Perkhidmatan Awam (In-House) bagi pegawai-pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat dan ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kursus ini dikendalikan bermula pada 30 Jun 2025 hingga 5 Julai 2025.

Taklimat yang diadakan di Dewan Serbaguna At-Taqwa, JPA dimulakan dengan penerangan komprehensif tentang Wawasan Brunei 2035, termasuk matlamat-matlamat utama yang ingin dicapai. Perkembangan pelaksanaan Wawasan Brunei 2035 turut dikongsikan, merangkumi pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kementerian-kementerian dan pihak berkepentingan dalam merealisasikan Wawasan negara.

Diterbitkan 30 Jun 2025
Kongsi
Berita terkini
Semua berita