Langkau ke kandungan utama
gov.bnA Brunei Darussalam Government Website
Berita

Taklimat bagi Progresif Sendirian Berhad

Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri1 minit bacaan
Kongsi
Taklimat bagi Progresif Sendirian Berhad. Gambar: Pejabat Wawasan Brunei

14 Januari 2025 – Dalam usaha merealisasikan Wawasan Brunei 2035, semua pihak termasuk sektor swasta perlu berganding bahu melalui pendekatan senegara (

Perkara tersebut antara yang ditekankan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) semasa taklimat Wawasan Brunei 2035 yang dikendalikan oleh Progresif Sendirian Berhad (Progresif) di Ibu Pejabat Progresif, Gadong.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Progresif dan seterusnya taklimat Wawasan Brunei 2035 yang memberikan gambaran keseluruhan aspirasi negara, inisiatif, perkembangan dan strategi yang telah dan sedang giat dilaksanakan oleh Kementerian-kementerian, agensi-agensi pelaksana dan pihak-pihak berkepentingan ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.

Diterbitkan 14 Januari 2025
Kongsi
Berita terkini
Semua berita