Langkau ke kandungan utama
gov.bnA Brunei Darussalam Government Website
Berita

Bengkel Pengenalan Wawasan Brunei 2035

Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri1 minit bacaan
Kongsi
Bengkel Pengenalan Wawasan Brunei 2035. Gambar: Pejabat Wawasan Brunei

10 Jun 2025 – Sebagai persediaan awal bagi Festival Teater Kebangsaan Brunei (NTFB) 2025, beberapa pelajar dari sekolah-sekolah menengah di negara ini telah menghadiri Bengkel Pengenalan Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka. NTFB 2025 ini dikelolakan buat kali ke-4 dengan membawakan tema “Wawasan Brunei 2035” anjuran 247 Studios.

Semasa bengkel tersebut, para pelajar didedahkan secara meluas mengenai Wawasan Brunei 2035 dan pencapaian negara sebagai persediaan awal sebelum berlangsungnya Peringkat Saringan pertandingan NTFB yang dijadualkan pada bulan Julai 2025. Pertandingan ini merupakan pertandingan drama pentas yang dibukakan kepada semua pelajar sekolah menengah tahun 7, 8 dan 9 sama ada dari sekolah-sekolah kerajaan mahupun swasta.

NTFB merupakan sebuah festival teater yang menghimpunkan kumpulan-kumpulan teater tanah air untuk mempersembahkan karya secara berkumpulan, sekaligus memperlihatkan kreativiti dan bakat masing-masing melalui pementasan.

Diterbitkan 10 Jun 2025
Kongsi
Berita terkini
Semua berita